Saturday 24 December 2011

MUSHROOM SOUP


"Mushroom soup" ini saya buat bersama - sama dengan garlic bread hari tu..rasanya sangat sedap hinggakan anak jiran cakap lebih sedap dari pizza hut punya...fullamak...terangkat rasanya dapat pujian sebegitu..kembang rasa hidung..hehe...saya ambik resepi ni daripada blog masam manis (macam biasa) resepi asal saya lupa daripada siapa...so, saya mohon daripada Kak Ita untuk salinkan resepinya kat sini yer....  


Bahan - bahan:
1 keping dada ayam 
1500 ml air 
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam 
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
secubit ajinomoto - saya tak letak 
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ dikisar 

Cara - cara membuatnya:
1. Potong ayam kecil2.
2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
3. Rebus sehingga masak. 
4. Masukkan susu dan kiub ayam. 
5. Masak guna api yang perlahan. 
6. Masukkan mushroom. 
7. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
8. Tambah perisa, garam dan ajinomoto (jika suka - saya tak letak).
9. Sedia untuk di hidangkan bersama roti (paling sesuai dengan garlic bread)...memang pasangan serasi bersama...



Sunday 18 December 2011

GARLIC BREAD...

Selamat berhujung minggu...walaupun dah di penghujung Ahad..esok Isnin...huhuhu...hari yang tak syok..hehe..tak baik macam tu kan? Sepatutnya berkobar2 semangat untuk bekerja setelah recharge power dua  hari di hujung minggu ni...

Hari ni dari pagi dapur saya tak berasap pun...hasrat nak menguli tepung untuk membuat garlic bread ni sebenarnya dari semalam..tapi terbantut dek ketiadaan daun ketumbar...so, dah hampir maghrib tadi meredah ke pasaraya semata - mata nak carik daun ketumbar..alhamdulillah jumpa...terus berkobar2 nak menguli roti..hehe

Sebenarnya dah lama saya mencari resepi untuk garlic bread ni..nak selongkar satu persatu dapur2 di alam maya ni, tak berkesempatan...apabila Kak Ita persembahkan garlic rollnya, saya bersorak keriangan..saya tahu saya mesti cuba..apatah lagi Kak Ita cakap memang sedap, jadi saya memang percayalah kepada mahaguru kesayangan ramai ni...


Kak Ita, saya minta izin share resepi Kak Ita tu kat sini pulak yer...

3 cawan tepung gandum ~ saya guna tepung roti (high protein flour)
1 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 sudu teh bread softener (saya tambah)
2-3 sudu besar olive oil ~ (saya ikut Kak Ita letak 2 sudu)


Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu garlic spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki garlic spread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

*Memang sedap dan lembut garlic bread ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Saya tak buat macam Kak Ita buat bentuk roll, just letak dalam tray dan saya potong nipis setelah masak...memang marvellous....


RESEPI GARLIC SPREAD

50 gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam 
sedikit lada hitam kisar (saya tak letak sebab saya dah masukkan dalam mushroom soup)
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.




Saturday 17 December 2011

KERUTUK DAGING

Lauk ini saya hidangkan bersama nasi limau purut yang saya masak hari ini. Ini sebenarnya merupakan lauk kegemaran saya..kalau balik kampung pasti saya akan minta mak masakkan. Sebenarnya lauk ini boleh dihidangkan bersama dengan nasi minyak, nasi beriani...tapi kalau rasa tak ada kuasa nak masak nasi-nasi yang macam2 tu, makan jer lah dengan nasi putih...pun sodappp...


Lauk ini terkenal di negeri - negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan sebab untuk memasaknya memerlukan rempah yang khusus yang ada di jual di sana. Sebenarnya bukan hanya boleh daging boleh dimasak tetapi juga ayam. Dan seingat saya, masa saya kecik2 dulu, arwah nenek saya pernah buat kerutuk telur, pun sedappp jugak...hehe



Jom saya share resepi dan cara-cara memasak lauk favorite saya ni...


BAHAN-BAHAN


1/2 kilo daging
7 tangkai cili kering - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar rempah kerutuk daging
Santan
Rempah tumis 4 sekawan (adik saya panggil "fantastic four")
Asam keping (sekeping pun cukup)
Sedikit kerisik (anggaran dalam satu sudu kecil)
Sedikit garam
Sedikit gula (saya guna gula merah Kelantan (nisan))


CARA MEMBUATNYA


1. Tumiskan rempah tumis 4 sekawan. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga masak.
2. Masukkan daging dan asam keping. Biarkan daging sehingga empuk.
3. Masukkan santan dan biarkan daging masak bersama santan.
4. Masukkan garam, kerisik dan gula.
5. Masak sehingga daging betul-betul masak dan boleh dihidangkan bersama nasi kesukaan masing-masing. Lepas makan, sure tertidur kekenyangan...hehehe...

NASI LIMAU PURUT

Agak lama menyepi...busy sikit semenjak dua menjak ni...asal hujung minggu outstation..pegi Jumaat, Ahad baru balik..then Isnin sambung kerja..aduhai penatnya badan...so, minggu ni saya ada kesempatan untuk menghabiskan weekend di rumah..dah lama tak masak2 di hujung minggu...so, hari ni saya duk la kat dapur,konon nak masak..hehe...



Resepi nasi limau purut ni saya ambik dari dapur idola Kak Azlita Masam Manis...menarik sungguh nampak nasi yang dihidangkan...nampak cara penyediaannya pun tak der la susah sangat.So, Kak Ita, saya mintak izin untuk share resepi tu kat sini yer...

BAHAN - BAHAN

2 sudu besar marjerin
1.5cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
1 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
Garam
500ml air
125ml pati santan (saya ganti dengan susu cair)
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi - dicuci dan ditoskan
Sedikit pewarna hijau

1. Panaskan marjerin di dalam periuk
2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
3.Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4.Apabila sudah harum masukkan air, garam, santan (saya guna susu cair), stok ayam dan beras.
5.Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
6.Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
7.Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.

p/s: *Kak Ita mencadangkan dihidangkan bersama Ayam Sos Siam tapi saya derhaka sikit sebab saya hidangkan bersama kerutuk daging...ampun ya Kak Ita...