Thursday, 23 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H....

Assalamualaikum...



Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H..maaf zahir batin. Semoga sinar Syawal memberikan seribu rahmat dan kegembiraan hasil tarbiyyah Ramadhan. Dan semua amalan baik yang dikerjakan sepanjang Ramadhan Al Mubarak tidak akan terhenti dengan berlabuhnya tirai Ramadhan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin...

Saturday, 3 January 2015

VICTORIA SANDWICH CAKE


Assalamualaikum...

Hari ini 3 Januari, merupakan harijadi kawan baik saya. Bukan setakat kawan baik malah kami dah jadi macam adikberadik. Daripada kawan, kini kami dah jadi jiran...menjadikan hubungan semakin rapat. Daripada anak-anak beliau kecil, hingga dah meningkat ke alam dewasa sekarang. Semoga Allah s.w.t melimpahkan seribu kebaikan atas persahabatan ini.

Sempena harijadi beliau, saya bercadang untuk membuatkan sebiji kek kepada beliau. Belek punya belek, fikir punya fikir apa kek yang sesuai. Kek coklat macam dah biasa sangat, cheese cake pulak beliau kurang gemar. Tiba2 terlintas idea untuk membuat kek ini...rasa macam best jer..nampak resepi dalam blog Kak Ita macam tak berapa susah sangat. Hiasan buah strawberry menjadikan kek ini nampak segar dan menyelerakan. Jadi, saya buat keputusan untuk men'surprise'kan beliau dengan kek ini...dan ternyata hasilnya tak mengecewakan kerana beliau dan anak - anaknya menggemarinya...alhamdulillah....

Jom saya share yang sekali lagi saya ambil dari http://www.azlitamasammanis.com/. Tapi saya nak minta ampun sebab saya derhaka sikit dengan resepi ini tang tepungnya...


VICTORIA SANDWICH CAKE
Rujukan : Blog Masam Manis 

Bahan Kek

220g tepung kek (saya terpaksa guna self raising flour apabila tiada tepung kek dirumah)
30g tepung jagung
secubit garam
*Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250g gula castor
250g butter tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur

Cara membuatnya :

1. Pukul butter, gula dan golden syrup hingga gebu dan kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
3. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau secara kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam dua loyang berlainan yang sama saiz.
6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 30 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.

Bahan Krim
1 1/2 cawan non dairy whipping cream
56g cream cheese
Sedikit lemon paste

1. Pukul whipping cream sehingga soft peak.
2. Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese dan lemon paste.
3. Campurkan kedua-dua campuran dan sebatikan.

Bahan lain :
Strawberry jam - boleh beli yang ready made atau buat sendiri. Saya beli yang dah siap jer.


Setelah kek masak, sejukkan dan pipe kan cream cheese dan sapukan strawberry jam. Alaskan lapisan kedua kek dan pipe kan sekali lagi cream cheese dan strawberry jam. Letakkan buah-buahan yang disukai mengikut cara yang tersendiri. Siap dan boleh dinikmati. Lazat, lemak berkrim disukai ramai...

Selamat mencuba...senang jer ni...

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum...



Hari ini 12 Rabiulawal hari keputeraan Junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Baginda S.A.W adalah satu cahaya yang menerangi seluruh alam. Terlalu banyak perkara yang hendak dibicarakan mengenai Baginda kerana Baginda adalah ikutan sepanjang zaman.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita banyakkan berselawat ke atas Baginda semoga kita menjadi insan yang akan dapat bernaung di bawah syafaatnya di akhirat kelak. Ameen.

Thursday, 1 January 2015

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Assalamualaikum..

Hari pertama di tahun baharu 2015. Kedatangan tahun baharu biasanya disertai dengan azam. Apa azam sahabat-sahabat sekalian? Antara azam saya nak update blog selalu...huhuhu...boleh caya ke? Macam tak caya jer...hihihi...



Oleh kerana hari cuti, mood taklah berapa rajin sangat. Tapi daripada tak buat apa-apa, bahan-bahan pun ada, intai resepi yang mudah - mudah...dengan bahan-bahan yang dah sedia ada. Tidak perlu keluar untuk membeli bahan-bahan. Membuat brownies ini sebenarnya agak senang sebab tak perlu pukul dengan mixer. Boleh hanya menggunakan whisk sahaja tetapi hasilnya tak mengecewakan.

Meh saya kongsikan resepi buat brownies yang senang ini. Jangan tak buat...rugi...

Chewy Gooey Yummy Brownies
Sumber : Blog Masam Manis

Bahan A :
250g butter
400g cooking chocolate
Dipanaskan secara double boil dan diketepikan. Biarkan sejuk.

Bahan B:
90g tepung
50g cocoa powder
100g kekacang - optional (saya letak walnut). - dipanggang dahulu.
Diayak tepung bersama cocoa powder.

Bahan C:
5 biji telur
290g gula perang (saya kurangkan 225g)
Sedikit coklat emulco (saya tak letak)
Sedikit esen vanilla.

Bahan C dipukul menggunakan hand whisk sahaja. Setelah sebati, campurkan Bahan A ke dalamnya dan digaul sebati. Setelah digaul rata, masukkan Bahan C dengan cepat kerana adunan akan menjadi likat. Gaulkan sehingga semua bahan digaul rata.

Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan baking paper. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius kira-kira 40 minit atau sehingga brownies masak dengan sempurna.



Dan brownies ini amatlah tersangat sedap. Langsung tak menyesal makan...rasanya yang lemak-lemak manis sikit...hmmm....sungguh sedaplah. Tak boleh dikhabarkan dengan kata-kata. Kena rasa sendiri baru tahu...mesti tak menyesal punya.

Cuba jangan tak cuba....untuk kaedah penyediaan yang lebih terperinci, boleh rujuk ke: Blog Masam Manis.


Selamat Tahun Baru 2015


Assalamualaikum....

Selamat menyambut tahun baharu 2015 diucapkan kepada semua. Semoga kehadiran tahun baharu ini memberikan kehidupan yang lebih baik untuk kita di dunia yang fana ini. Tidak dinafikan tahun 2014 memberikan banyak pengalaman yang memeritkan untuk kita semua. Walau bagaimanapun, kita harus percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahNya. Banyak perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini tercatat di dalam diari kehidupan kita dalam tahun 2014. Bermula dengan insiden MH370 yang sehingga hari ini masih tiada kesudahan, MH17 yang menjadi menyentak seluruh perasaan kita, luluh seluruh jiwa raga menerima perkhabaran tersebut walau pun bukan saudara mara saya yang terlibat dalam peristiwa yang menyayat hati itu. Tapi oleh kerana ia melibatkan syarikat penerbangan negara kita, tidak dapat tidak, sedikit sebanyak kesedihan datang bertamu. Semoga semua mangsa bersemadi dengan tenang di sana. Al Fatihah.




Tidak cukup dengan itu, kita diuji lagi. Penghujung tahun kita diuji dengan banjir besar yang amat dahsyat. Mana - mana kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini tidak terkecuali dilanda musibah ini kali ini. Tidak tertahan airmata apabila di media - media sosial tersebar gambar-gambar mangsa yang sungguh menyayat hati. Ada yang hanya tinggal sehelai sepinggang, rumah hilang entah ke mana dibawa arus deras. Ya Allah, kiranya inilah kifarah atas dosa-dosa kami, ampunkan kami Ya Allah. Ada di antara keluarga dan sahabat rapat yang tidak terkecuali dengan tempias ini. Sungguh kami diuji Ya Allah...




Beberapa detik menjelang 2015, sekali lagi dunia penerbangan diuji. Kali ini syarikat penerbangan tambang murah milik Air Asia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura tiba-tiba terputus hubungan dipercayai akibat cuaca buruk. Selepas 48 jam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui QZ8501 di Selat Karimata, Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah. Beberapa mayat berjaya ditemui dan teka-teki terjawab.Semoga semua yang menjadi korban dalam kejadian ini tenang di sana. Al Fatihah kepada yang beragama Islam.


Sama -sama kita doakan semoga tahun 2015 memberikan kita kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran yang bakal tiba..


Thursday, 18 December 2014

Roti Sarang Lebah


Assalamualaikum...

Roti ni dah lama menjadi viral di laman-laman blog..sebelum ni saya tengok dengan sebelah mata jer...teringin jugak nak buat tapi nampak macam leceh jer..so, saya biarkan ia berlalu bersama masa...walau bagaimanapun, bila kakak saya ini buat dan memberikan review yang roti ini sangat sedap...saya dah tak boleh bertahan lagi...dah la masa tu dia belum ada breadmaker...so, ini satu cabaran...BM saya pun dah lama menjalankan tugasnya...so, sahut kata hati untuk mencuba...dan hasilnya...memang tak tipu rupanya roti ini memang sangat sedapppp...di tambah dengan sos butterscotch nya yang lemak berkrim disukai ramai tu....hmmm...pendek kata tak menyesal cuba...sudahnya ramai kawan-kawan pulak yang suka dan menempah...jadi la bisnes sikit2...

Saya ambik resepi dari blog : http://izahdaut.blogspot.com/2014/04/roti-sarang-lebah-bee-hives-bun.html yang diambil dari Lydia honey...saya copy paste resepi kat sini...


DOH
2 cawan tepung gandum * (saya guna high protein flour)
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt
¼ cawan minyak sun flower *(saya guna minyak jagung)
1/2 cawan air suam

*kekacang untuk hiasan...saya guna kuaci dan biji labu biasanya...

Saya guna breadmaker, so masukkan semua bahan di atas dan biarkan si BM buat kerja dia.

Setelah siap diuli, bentukkan bulat2...resepi ini agak lembik, jadi tak akan jadi bentuk bulat yang cantik sangat. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Untuk sos butterscotch ni, saya lupa mana saya ambik resepinya...saya mohon sangat2 empunya resepi ni halalkan resepi ni yer....


SOS BUTTERSCOTCH

80g butter
150g gula perang (saya hanya letak 120g sahaja)
160g whipping cream
30g corn syrup
1 tsp vanilla
1/4 tsp garam

Campurkan semua bahan dan masak di atas api perlahan sehingga likat.

Setelah roti siap dibakar, curahkan sos di atas roti tersebut dan nikmatilah tanpa rasa bersalah.


*gambar tak berapa cantik sebab guna handphone cap ayam...

Thursday, 20 November 2014

CONGO BARS....

Assalamualaikum...


Lamanya tidak menjenguk ke sini...rindu datang bertalu-talu tapi mood untuk mengupdate blog sangat ke laut...tak tahu kenapa malas sangat...alhamdulillah malam ini ada sedikit kekuatan...so, jom kita cerita pasal kuih ini...

Nama kuih ni congo bars..tak tahu nak kelaskan kek ke brownies...tapi yang penting rasa dia sangat sedap...sangat sangat sedap...hehehe,,,tanpa sedar satu persatu dikunyah dan ditelan...sebenarnya orang lain dah lama buat cuma saya jer yang ketinggalan keretapi...asyik duk membelek ke dapur blog blogger-blogger hebat dah sunyi dah congo bars ni...saya jer yang baru terhegeh-hegeh nak buat. Motivasinya datang dari kakak baik saya membuatnya...ishhh tak boleh jadi ni...bak kata omputeh...better late than never...so, semalam adalah hari kejadiannya...

Resepinya saya ambik dari kawan saya tu jugak : klik di sini yer untuk resepinya...saya malas nak re-type..hehehe...saya ikut sebijik-sebijik cuma part gula tu saya kurangkan ke 250g sahaja...sebab saya rasa macam banyak sangat jer 320g tu...hasilnya saya rasa just nice..sebab saya tak suka manis-manis sangat...

Apapun, bila dah masak saya punya tak sabar nak makan...masya Allah sedapnya...patut la semua orang buat..satu slice demi satu slice tanpa rasa bersalah masuk ke mulut saya...

Sedap uolls...tolong la buat...jangan la bagi saya gemuk sorang2...hehehe....