Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label KUIH MUIH. Show all posts

Friday, 13 April 2012

APAM POLKA DOT...

Assalamualaikum,

Lama sungguh tidak berbicara di sini...rindunya hati tidak terkata tapi bukan bermakna saya tak masak tau..tiap2 hari saya masak..kalau tak caya, tanya jiran2 saya..sebab diorang mesti dapat bau yang harum dari rumah saya..dan saya pasti diorang tertanya2 mana la datang aroma yang semerbak hebat ini sebab tunggu2 tak sampai pun rumah mereka..kikiki...yang dapat langkau bukan main jauh..apo nak buat saya ni pemalu..takkan la tiba2 nak ketuk pintu rumah orang walaupun nak hantar kuih..kan nanti orang kata saya nak menjual kerepek pulak...hehehe..


Hari ni saya nak share satu resepi yang saya rasa dah lama menghiasi hidangan jamuan di mana-mana...kalau ada birthday party ke, kenduri apa ajer...comel jer kuih ni atas meja dihidangkan atas meja untuk tetamu...so, walaupun dah ketinggalan keretapi, saya try buat pada hari cuti pertabalan hari tu (sebab  saya stress sebenarnya walaupun di hari cuti)..so, saya mesti buat sesuatu untuk membuang stress saya...so, inilah hasilnya...best jugak kan...


Resepi ini saya ambil di sini..walau pun kat situ kata resepi rahsia, so bila dah share kat sini x jadi rahsialah lagi yer...so, saya pun x berapa rajin nak menaip malam ni, sapa2 yang berkenan dengan apam polka dot ni, boleh la terus ambik kat sana yer...kat sini jamu mata dengan apam yang telah saya hasilkan jer lah yer...selamat menjamu mata...


Sunday, 27 November 2011

PAU GORENG....

Assalamualaikum. Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di mana jua...semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...kita umat Islam harus cemerlang...

Resepi yang saya nak kongsikan ni bukan berlaku pada hari Ma'al Hijrah yang mulia ini...kejadiannya adalah pada 21 November yang lalu...pada hari di mana perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang lalu di mana pasukan Harimau Muda kita telah berjaya menewaskan Garuda Indonesia. Walaupun penentuan kemenangan adalah melalui sepakan penalti, Harimau Muda telah membuktikan keupayaannya untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA...Tahniah untuk pasukan Harimau Muda...semoga lebih cemerlang di masa - masa yang akan datang...


Ok, stoplah bercerita pasal bola..jom kita cerita pasal resepi kuih yang saya nak sharekan kat sini...resepi ini simple jer...mungkin ramai yang dah ada resepi ni...kuih ni sebenarnya salah satu kuih kegemaran saya..selalu bila beli yang dijual, hati jadi geram sebab intinya yang seciput...rasa tak puas makan...so, bila saya nampak ada kawan saya buat kuih ni, saya dengan tanpa segan silu dan malu minta dengan dia...terima kasih untuk sahabat saya itu kerana sudi berkongsi resepi kuih ini dengan saya...thanks ya..izinkan saya kongsikan resepi ini dengan kawan2 yang lain yer...


BAHAN-BAHAN : 
250g (2 1/2 cawan ) tepung gandum 
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayur/marjerin
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam



Inti: Mengikut kesukaan masing-masing, saya menggunakan inti kacang merah.


Jika menggunakan breadmaker, campurkan kesemua bahan dan setkan "DOUGH". Setelah doh siap, bentukkan dan masukkan inti. Biarkan selama 30 hingga 45 minit sebelum digoreng.






Mmm...memang sangat puas makan boleh letakkan inti sebanyak mana yang kita suka...






Saturday, 29 October 2011

CREAM PUFF

Kuih ini mempunyai momen yang penting dalam hidup saya. Ia merupakan satu titik permulaan yang merubah hidup saya sebenarnya...inilah kuih pertama yang saya belajar untuk mengisi masa lapang...bermula dari kuih ini lah saya kenal apa itu nozzle, piping bag, jenis-jenis tepung yang ada dalam arena masakan ini..sebelum ini hanya tepung gandum sahaja..hehehe.Dan kerana kuih inilah, saya membeli oven...

Melihatkan rupa paras kuih ini, rasa macam tak berapa nak masuk akal sikit..duk terpikir tentang kejadian kuih ini...macamana la tiba2 ada  ruang di tengah2 kuih ini yang boleh dimasukkan intinya..pertama kali buat dah kagum tapi dah dapat tahu bahawa sangat senang untuk membuat kuih ini...

Memang ada beberapa versi atau resepi untuk membuat kuih ini...tapi saya rasa selesa dan serasi dengan resepi ini...ramai yang dah makan dan kata sedap..so, saya nak share kan resepi yang saya dapat ni kat sini..

* Peralatan yang perlu disediakan adalah nozzle dan piping bag


PASTRY

125g butter (1/2 buku butter)
1 cawan air
1 cawan tepung - hendaklah di ayak untuk mengelakkannya berketul-ketul
3 biji telur
Sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Cairkan butter dan air di atas api sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan tepung secara perlahan - lahan dan kacau supaya adunan tidak berketul.
3. Setelah adunan tidak masak (tidak melekat pada tepi periuk), padamkan api.
4. Ketepikan adunan. Biarkan adunan betul2 sejuk.
5. Setelah adunan sejuk, masukkan telur dan pukul hingga sebati - hingga adunan berkilat.
6. Masukkan sedikit esen vanilla.

Cara membuat pastri:

1. Masukkan nozzle ke dalam piping bag.
2. Picitkan ke atas dulang.
3. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 atau 190 darjah selama 15 hingga 20 minit.

INTI KASTAD (sebenarnya boleh juga dimasukkan inti lain, seperti fresh cream)
200ml susu cair
400ml air
1/2 cawan gula castor
1/2 tepung kastad
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

Campurkan kesemua bahan dan masak di atas dapur sehingga masak.

*Setelah pastry masak, boleh la di pipe kan inti masuk ke dalam pastry....dan makan.

Rupa cream puff dari dapur saya adalah seperti berikut...tak der lah menawan sangat..tapi percayalah rasanya sedap...