Saturday 29 October 2011

CREAM PUFF

Kuih ini mempunyai momen yang penting dalam hidup saya. Ia merupakan satu titik permulaan yang merubah hidup saya sebenarnya...inilah kuih pertama yang saya belajar untuk mengisi masa lapang...bermula dari kuih ini lah saya kenal apa itu nozzle, piping bag, jenis-jenis tepung yang ada dalam arena masakan ini..sebelum ini hanya tepung gandum sahaja..hehehe.Dan kerana kuih inilah, saya membeli oven...

Melihatkan rupa paras kuih ini, rasa macam tak berapa nak masuk akal sikit..duk terpikir tentang kejadian kuih ini...macamana la tiba2 ada  ruang di tengah2 kuih ini yang boleh dimasukkan intinya..pertama kali buat dah kagum tapi dah dapat tahu bahawa sangat senang untuk membuat kuih ini...

Memang ada beberapa versi atau resepi untuk membuat kuih ini...tapi saya rasa selesa dan serasi dengan resepi ini...ramai yang dah makan dan kata sedap..so, saya nak share kan resepi yang saya dapat ni kat sini..

* Peralatan yang perlu disediakan adalah nozzle dan piping bag


PASTRY

125g butter (1/2 buku butter)
1 cawan air
1 cawan tepung - hendaklah di ayak untuk mengelakkannya berketul-ketul
3 biji telur
Sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Cairkan butter dan air di atas api sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan tepung secara perlahan - lahan dan kacau supaya adunan tidak berketul.
3. Setelah adunan tidak masak (tidak melekat pada tepi periuk), padamkan api.
4. Ketepikan adunan. Biarkan adunan betul2 sejuk.
5. Setelah adunan sejuk, masukkan telur dan pukul hingga sebati - hingga adunan berkilat.
6. Masukkan sedikit esen vanilla.

Cara membuat pastri:

1. Masukkan nozzle ke dalam piping bag.
2. Picitkan ke atas dulang.
3. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 atau 190 darjah selama 15 hingga 20 minit.

INTI KASTAD (sebenarnya boleh juga dimasukkan inti lain, seperti fresh cream)
200ml susu cair
400ml air
1/2 cawan gula castor
1/2 tepung kastad
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

Campurkan kesemua bahan dan masak di atas dapur sehingga masak.

*Setelah pastry masak, boleh la di pipe kan inti masuk ke dalam pastry....dan makan.

Rupa cream puff dari dapur saya adalah seperti berikut...tak der lah menawan sangat..tapi percayalah rasanya sedap...



Thursday 27 October 2011

KEK MARBLE...

Rasanya kek ini adalah kek yang ada dalam setiap buku resepi mana -mana yang minat dalam arena membaking ni...kek asas...buatnya pun senang...rasanya pun sedap...apatah lagi kalau makan panas2...

Sehari dua ni balik dari ofis biasanya lepas maghrib..ikutkan tahap kepenatan, dah tak mampu nak buat apa2 lagi..namun tekak ni terasa sangat nak makan kek ni hari ni..bila tengok semua bahan untuk membuatnya ada, rasanya bolehlah memenuhi keinginan sepanjang perjalanan balik rumah tadi...

Saya dapat resepi ni dari kawan kepada kawan...dan saya kongsikan di sini pada sesiapa yang teringin mencuba...it's a very simple recipe...

Bahan2nya:

1 1/2 buku mentega
300g gula castor
300g tepung
1 tsp baking powder (*kalau guna self raising flour, tak perlu masukkan)
1 tsp soda bicarbonate
2 tbsp susu tepung
Esen vanilla

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung (yang telah dicampurkan dengan soda bicarbonate, baking powder dan susu tepung)     sedikit demi sedikit. Pukul perlahan-lahan.
4. Asingkan adunan kepada dua bahagian.
5. Masukkan cocoa powder kepada satu bahagian. Bahagian yang lagi satu dikekalkan kepada adunan asal.
6. Masukkan berselang - seli antara adunan asal dengan adunan yang telah dicampurkan dengan cocoa powder.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 45 hingga 50 minit.

* Untuk gambar yang ada di sini, saya hanya membuat dengan setengah adunan sahaja. Jika gunakan 1 adunan, saya menggunakan loyang 9 x 9 inci segi empat.

Monday 24 October 2011

KUIH TART GULUNG...

Saya pun confuse...ini kategori biskut ker kuih?Biskut la kot ek...tak perlah..apa2pun...janji boleh dimakan. Dalam kumpulan mana, ia terletak tak penting...

Kuih @ biskut ni memang menjadi hidangan wajib keluarga saya setiap kali lebaran...ramai yang sukakannya kat rumah mak saya kat kampung...jadi nak tak nak memang saya kena buat...tak boleh tidak...tak perlah bukan selalupun, setahun sekali jer kan...

Resepi ini saya dapat dari kawan baik saya...resepi turun temurun keluarga dia...pada saya, resepi ni sedap...dan ramai yang katanya sedap jugak...so, saya nak share dengan sahabat2 di sini pulak...sangat senang dan mudah membuatnya.. tapi saya hanya ada resepi untuk membuat pastrynya sahaja sebab untuk jem nya, biasanya saya beli yang dah siap dari kedai....

Resepi untuk pastry:

250g butter
2 cawan tepung
1/2 cawan tepung jagung
2 sudu besar gula castor
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla

Campurkan semua bahan di atas, jika terasa lembik, boleh tambah tepung tapi jangan terlalu banyak, nanti adunan menjadi keras dan susah untuk ditekan...patah jari nanti...susah pulak...selepas digulung, sapukan sedikit telur kuning kat atas, then bakar dalam 20 hingga 25 minit pada suhu 180 darjah celcius...


Ini saya baru buat semalam sebab ada kawan yang menempah untuk sambut Deepavali Rabu ni...kitakan Satu Malaysia...

PUMPKIN PIE....

Di suatu petang yang tak berapa indah....tiba2 bos panggil...aduhai nak apa pulak dia petang2 ni???Aku dah nak balik ni....nervous aku dibuatnya...

"Awak tolong buatkan saya kuih ni" kata bos...gulpppp...pahit aku rasa air liur yang ditelan...alamak kuih apa ni Prof.? "Ini resepi untuk buat pumpkin pie...dulu saya pernah makan masa kat US...kawan saya buat...sedappp" katanya. Dia menyambung lagi..."tapi hari tu, saya order, orang tu buat tak sedap"...alamak, macamana pulak dia confident suruh aku buat...aku yang tak pernah stay kat US pun, dan tak pernah tengok kuih ni...dan yang paling penting, aku tak pernah tahu macamana nak masak labu pun...tak pernah saya makan labu ni. Tapi tak per lah bos, demimu..akan ku cabar diri ini...

Terus la saya menuju ke pasar tani. Nasib baik ada jual labu ni...so, beli sebijik reganya RM3...tak tahu lah mahal ke murah, never know market price pasal buah ni sebab tak pernah beli seumur hidup. Balik rumah, saya study resepi yang diberikan oleh bos saya satu persatu...di sini saya kongsikan dengan sahabat2 semua...

Untuk buat pastrynya:

2 1/4 cawan tepung
250g butter
1/4 sudu teh garam
3 sudu besar air sejuk (dari fridge)

*Mix all, put in fridge for a while 


Untuk pai nya:
1 cup brown sugar
1 teaspoon cinnamon powder
1/4 tsp ground cloves
1/4 tsp ground ginger
1/4 tsp ground nutmeg
1tsp salt
6 eggs
2 cups of milk (fresh and evaporated)
1/2 cup of melted butter
2 cups of pumpkin puree*

*Cara menghasilkan pumpkin puree
Steam the whole pumpkin (unpeeled) first, then take out of the puree.

Mix well all the ingredients and then put inside the pastry....





Hasilnya...taraaa....saya terpaksa buat 2 biji...satu nak bagi bos, dan satu untuk saya makan sendiri..nak try sedap ke tak...esoknya dengan penuh debaran saya bawa pada bos saya...akhirnya dia cakap...sedapppp...alhamdulillah (tapi tak der markah lebih pun tahun ni)...kikiki...

DONUT

Donut??? Mesti ada yang gelak dengan entri ni kan? Nampak sangat budak baru belajar masak...apa taknya, rasanya ini adalah kuih paling asas dalam dunia yang mana sepatutnya semua orang tahu membuatnya...kuih paling basic yang sepatutnya ada dalam setiap koleksi resepi setiap yang rajin menjengah ke dapur...yang tak berapa rajin pun tahu membuatnya....


Saya pulak?? Hehe...sebenarnya donut bukanlah kuih kegemaran saya...jadi, tak pernahlah ada keinginan untuk cuba membuatnya sebelum ini. Walau bagaimanapun, tiba2 keinginan itu timbul bila tengok ada seorang member buat dan cantik kejadiannya...gebu semacam. Bila difikirkan, nanti malu pulak bila orang tanya, pandai tak buat donut? Hissyyy...takkan nak jawab tak pandai kan....malu la...so, keinginan semakin meluap2...bila dapat resepi dari member tu, terus lah saya cuba untuk membuatnya....dan inilah hasilnya.


Resepi dari kawan saya ni, saya share kat sini:


250g tepung gandum
80g kentang (direbus dan dilenyek)
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur (optional)
80/90ml susu segar (boleh digantikan dengan air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4gm yis

*Bagi yang menggunakan breadmaker, masukkan semua bahan dan setkan dough..tapi bagi yang tak der breadmaker (macam saya ni...huhuhu....) terpaksa lah menguli dengan tangan...tapi saya tak uli dengan tangan, saya guna mixer...then, saya biarkan doh sampai naik 2 kali ganda sebelum dibentukkan dengan acuan...donut yang saya hasilkan ni, tak der lah sehebat pakar2 masak yang ada di alam maya ni, memandangkan saya bukanlah pakar (saya budak baru belajar)...selebihnya saya juga kurang sabar...sepatutnya gula ditaburkan selepas donut sejuk (menurut kawan saya), tapi sebab saya nak makan panas2, saya terus taburkan gula sebaik mengangkatnya dari kuali...






Jangan heran sapa yang makan banyak2 ni yer, saya ambik 2 bijik jer, then hantar semua ke rumah jiran....

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim...

Bismillahirrahmanirrahim...


Rasanya tiada kalam yang lebih indah selain dari kalimah suci ini untuk memulakan apa jua yang ingin dilakukan...keinginan yang telah lama terpendam untuk berbicara di alam maya, untuk berkongsi minat dan selera, citarasa dan cinta untuk semua yang berkongsi minat yang sama ini...semoga perkongsian yang sedikit ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan, hambaNya di muka bumi ini...salam perkenalan buat semua...