Showing posts with label TRAVELOG. Show all posts
Showing posts with label TRAVELOG. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Istanbul Aku Datang - Part I





Assalamualaikum....bertemu lagi setelah beberapa purnama...hehehe....kali ini entri saya lari dari tema sikit...bukan cerita pasal kek,kuih muih atau apa2 resepi...tak per kan? Eh...blog saya..suka hati saya lah kan...hihi...

Kali ini saya nak bercerita pasal kunjungan saya ke Istanbul...dah lama dah ni sebenarnya tapi baru ada kesempatan nak transfer gambar sebenarnya...dan mood nak menulis pun baru datang...bukan selalu mood rajin ni datang...so, bila datang,jom manfaatkan...






Saya ke Istanbul pada akhir Jun 2013...sebenarnya kunjungan ini adalah sempena seminar yang kawan saya dari UM anjurkan untuk pelajar-pelajarnya..so, saya hanya menempel sebenarnya. Rombongan kami dalam 16 orang termasuk saya...walaupun musim tersebut adalah musim panas,tapi cuacanya masih sejuk jika dibandingkan dengan negara kita...panas yang berangin...nyaman....

Kami tiba di sana pada awal pagi..ketibaan kami disambut oleh sahabat yang sangat comel...nanti saya akan masukkan gambar dia jugak...sesampainya kami, kami dihidangkan dengan sarapan pagi..terkejut kami dengan menu yang dihidangkan..eh eh ada cili hijau yang dimakan begitu sahaja...tak pedas ke? Sebenarnya cili tersebut langsung tak pedas...















Inilah menu sarapan kami dihari pertama kami tiba di bumi Istanbul. Patutlah diorang semua slim-slim...makan sayur-sayur jer...ada cili,ada tomato,ada cheese,ada timun (sangat rangup..sedap)...ada buah zaitun...dan ada teh o..adus sedapnya teh Turki..tiba2 rindu nak ke sana lagi...

Setelah berehat, kami petang tu keluar bersiar-siar di sekitar Fatih...kat Istanbul ni banyak taman-taman yang cantik..destinasi pertama adalah Emirgan Park..gambar-gambar di atas adalah di Emirgan Park..berkebetulan pulak hari Ahad, so ramai yang berada di taman tersebut...ada juga pengantin yang buat outdoor shoot kat taman ni..ada pengantin yang marah bila saya snap gambar dia..hehe..don't worry dear
...you are such a beautiful bride...
*nilah pengantin yang marah saya snap gambar dia...hehe

*jangan lupa makan aiskrim kat sana...sedapppp....







Saya tamatkan dulu Part I ni...nanti saya akan sambung..saya tak tahu ada berapa episod ni..sebab banyak benda yang nak diceritakan...hehe...wassalam...

Wednesday, 25 December 2013

Cuti - cuti di Kundasang

Assalamualaikum...


Cantikkan tempat ni? Rasa macam kat oversea pulak....hehehe....ini sebenarnya kat negara kita jer...Kat Kundasang Sabah...awal November yang lepas saya telah bercuti di Sabah. Sabah adalah negeri yang suka saya kunjungi kerana pemandangannya yang sangat indah dan cantik. Macam bercuti kat luar negara pulak rasanya...hehe....saya bersendirian sahaja ke sana kerana ada adik angkat di sana. Kami tidak plan untuk ke mana-mana...walau bagaimanapun, esoknya kami tiba2 merancang untuk ke Kundasang. Kami bertolak awal pagi dan merancang untuk bermalam di sana. Oleh kerana kami tidak book hotel dari awal, maka menggagau jugaklah mencari hotel pada petang tu...kebetulan masa tu cuti bersambung-sambung. Alhamdulillah akhirnya kami dapat satu bilik di Kinabalu Pines Resort. Itupun tinggal satu bilik jer...siap receptionist tu ugut, kalau tak sampai dalam masa 5 minit, bilik tu akan diberikan kepada orang lain...haiii..main ugut pulak dia..mentang-mentanglah demand tinggi masa tu...





Hotel ini sangat strategik...kerana dari hotel boleh nampak puncak Gunung Kinabalu di awal pagi...aduhh..cuacanya pulak sejuk...nyaman sungguh...awal-awal pagi sebelum sarapan dah sibuk bergambar...sebab pemandangannya yang sangat cantik...ini adalah sebahagian gambar yang saya snap..ada banyak lagi..kalau ada masa, saya akan update kemudian...

Saya tak sabar nak pergi lagi....