Wednesday, 25 December 2013

Cuti - cuti di Kundasang

Assalamualaikum...


Cantikkan tempat ni? Rasa macam kat oversea pulak....hehehe....ini sebenarnya kat negara kita jer...Kat Kundasang Sabah...awal November yang lepas saya telah bercuti di Sabah. Sabah adalah negeri yang suka saya kunjungi kerana pemandangannya yang sangat indah dan cantik. Macam bercuti kat luar negara pulak rasanya...hehe....saya bersendirian sahaja ke sana kerana ada adik angkat di sana. Kami tidak plan untuk ke mana-mana...walau bagaimanapun, esoknya kami tiba2 merancang untuk ke Kundasang. Kami bertolak awal pagi dan merancang untuk bermalam di sana. Oleh kerana kami tidak book hotel dari awal, maka menggagau jugaklah mencari hotel pada petang tu...kebetulan masa tu cuti bersambung-sambung. Alhamdulillah akhirnya kami dapat satu bilik di Kinabalu Pines Resort. Itupun tinggal satu bilik jer...siap receptionist tu ugut, kalau tak sampai dalam masa 5 minit, bilik tu akan diberikan kepada orang lain...haiii..main ugut pulak dia..mentang-mentanglah demand tinggi masa tu...





Hotel ini sangat strategik...kerana dari hotel boleh nampak puncak Gunung Kinabalu di awal pagi...aduhh..cuacanya pulak sejuk...nyaman sungguh...awal-awal pagi sebelum sarapan dah sibuk bergambar...sebab pemandangannya yang sangat cantik...ini adalah sebahagian gambar yang saya snap..ada banyak lagi..kalau ada masa, saya akan update kemudian...

Saya tak sabar nak pergi lagi....

1 comment:

  1. wow, great, I was wondering how to cure acne naturally. and found your site by google, learned a lot, now i’m a bit clear. I’ve bookmark your site and also add rss. keep us updated. Poly Cotton Yarn

    ReplyDelete