Wednesday 2 November 2011

KEK PISANG

Kebelakangan ini semangat mem"baking" membuak2...mungkin setiap hari duk menatap entry blogger2 yang meruntun kalbu, merantai jiwa...kekadang dah setengah hari kat ofis, kepala dah mula berfikir apa yang hendak dimasukkan dalam oven selepas balik dari pejabat...hikhikhik walaupun sebenarnya tak der siapa nak makan kat rumah ni...huhuhu...walau bagaimanapun, saya tetap akan membikinnya..yang jadi mangsa adalah jiran2 dan kawan ofis laa...harap2 pujian yang diberikan adalah ikhlas bila mereka kata sedap...


Semalam saya teringin nak menggodek kek pisang...bila dibelek2 resepi ada beberapa resepi kek pisang dalam koleksi..saya tengok mana yang senang dan bahan2 yang dah ada kat rumah..bukan apa, malas nak menapak ke kedai bahan2 bakeri tu...dah la susah nak parking, kedainya pulak selalu sangat ramai orang..(ye lah..awak ingat awak sorang jer ke yang rajin buat kuih...hehe...


Bila dibelek2, saya berkenan dengan resepi yang ada di blog masam manis...saya rasa beliau adalah "the top blogger"... pada hari ini. Ramai betul yang menjadikan Azlita Aziz sebagai idola dalam dunia masakan pada hari ini (tak terkecuali saya)..terutamanya yang selalu menjenguk resepi di alam maya ini..so, saya mintak izin untuk share resepinya di sini yer...


BAHAN-BAHAN
2 biji pisang - dilenyek
140g butter
120g gula
*200g tepung gandum
*1tsp soda bikarbonat
*1tsp baking powder
2 biji telur
2 tbsp fresh cream
1 tbsp jus lemon (saya guna sedikit sahaja lemon paste sebab tiada jus lemon)
Sedikit esen vanilla


*diayak bersama


CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
3. Pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi.
4. Masukkan tepung (yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) ke dalam adunan.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanilla ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream, dan masukkan ke dalam adunan.
7. Akhir sekali, masukkan kuning telur. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada 160 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga kek benar2 masak...



Hasil kek yang saya dapat adalah seperti ini..tak der lah cantik jelita sangat rupa parasnya namun percayalah sangat lembut dan gebu...dan paling penting rasanya pun sedap...

No comments:

Post a Comment