Saturday 29 October 2011

CREAM PUFF

Kuih ini mempunyai momen yang penting dalam hidup saya. Ia merupakan satu titik permulaan yang merubah hidup saya sebenarnya...inilah kuih pertama yang saya belajar untuk mengisi masa lapang...bermula dari kuih ini lah saya kenal apa itu nozzle, piping bag, jenis-jenis tepung yang ada dalam arena masakan ini..sebelum ini hanya tepung gandum sahaja..hehehe.Dan kerana kuih inilah, saya membeli oven...

Melihatkan rupa paras kuih ini, rasa macam tak berapa nak masuk akal sikit..duk terpikir tentang kejadian kuih ini...macamana la tiba2 ada  ruang di tengah2 kuih ini yang boleh dimasukkan intinya..pertama kali buat dah kagum tapi dah dapat tahu bahawa sangat senang untuk membuat kuih ini...

Memang ada beberapa versi atau resepi untuk membuat kuih ini...tapi saya rasa selesa dan serasi dengan resepi ini...ramai yang dah makan dan kata sedap..so, saya nak share kan resepi yang saya dapat ni kat sini..

* Peralatan yang perlu disediakan adalah nozzle dan piping bag


PASTRY

125g butter (1/2 buku butter)
1 cawan air
1 cawan tepung - hendaklah di ayak untuk mengelakkannya berketul-ketul
3 biji telur
Sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Cairkan butter dan air di atas api sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan tepung secara perlahan - lahan dan kacau supaya adunan tidak berketul.
3. Setelah adunan tidak masak (tidak melekat pada tepi periuk), padamkan api.
4. Ketepikan adunan. Biarkan adunan betul2 sejuk.
5. Setelah adunan sejuk, masukkan telur dan pukul hingga sebati - hingga adunan berkilat.
6. Masukkan sedikit esen vanilla.

Cara membuat pastri:

1. Masukkan nozzle ke dalam piping bag.
2. Picitkan ke atas dulang.
3. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 atau 190 darjah selama 15 hingga 20 minit.

INTI KASTAD (sebenarnya boleh juga dimasukkan inti lain, seperti fresh cream)
200ml susu cair
400ml air
1/2 cawan gula castor
1/2 tepung kastad
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

Campurkan kesemua bahan dan masak di atas dapur sehingga masak.

*Setelah pastry masak, boleh la di pipe kan inti masuk ke dalam pastry....dan makan.

Rupa cream puff dari dapur saya adalah seperti berikut...tak der lah menawan sangat..tapi percayalah rasanya sedap...



2 comments:

  1. Dulu2 mmg kak chah rasa mewah sgt kuih ni...sbb mak takpernah n tak reti buatpun... Rasa cm omputis gitu bila memakannya...lepas tu mmg jakun sbb cara buat dia kena pastry roux segala..nk nyebutpun kena check kamus...hikhik...cantik rope kejaddian creampuff jaja tu...mabeles!!!

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Jem for sharing this recipe. Nanti Ta try insyaAllah :)

    ReplyDelete