Sunday 18 December 2011

GARLIC BREAD...

Selamat berhujung minggu...walaupun dah di penghujung Ahad..esok Isnin...huhuhu...hari yang tak syok..hehe..tak baik macam tu kan? Sepatutnya berkobar2 semangat untuk bekerja setelah recharge power dua  hari di hujung minggu ni...

Hari ni dari pagi dapur saya tak berasap pun...hasrat nak menguli tepung untuk membuat garlic bread ni sebenarnya dari semalam..tapi terbantut dek ketiadaan daun ketumbar...so, dah hampir maghrib tadi meredah ke pasaraya semata - mata nak carik daun ketumbar..alhamdulillah jumpa...terus berkobar2 nak menguli roti..hehe

Sebenarnya dah lama saya mencari resepi untuk garlic bread ni..nak selongkar satu persatu dapur2 di alam maya ni, tak berkesempatan...apabila Kak Ita persembahkan garlic rollnya, saya bersorak keriangan..saya tahu saya mesti cuba..apatah lagi Kak Ita cakap memang sedap, jadi saya memang percayalah kepada mahaguru kesayangan ramai ni...


Kak Ita, saya minta izin share resepi Kak Ita tu kat sini pulak yer...

3 cawan tepung gandum ~ saya guna tepung roti (high protein flour)
1 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 sudu teh bread softener (saya tambah)
2-3 sudu besar olive oil ~ (saya ikut Kak Ita letak 2 sudu)


Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu garlic spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki garlic spread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

*Memang sedap dan lembut garlic bread ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Saya tak buat macam Kak Ita buat bentuk roll, just letak dalam tray dan saya potong nipis setelah masak...memang marvellous....


RESEPI GARLIC SPREAD

50 gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam 
sedikit lada hitam kisar (saya tak letak sebab saya dah masukkan dalam mushroom soup)
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.




No comments:

Post a Comment