Showing posts with label ROTI. Show all posts
Showing posts with label ROTI. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Roti Sarang Lebah


Assalamualaikum...

Roti ni dah lama menjadi viral di laman-laman blog..sebelum ni saya tengok dengan sebelah mata jer...teringin jugak nak buat tapi nampak macam leceh jer..so, saya biarkan ia berlalu bersama masa...walau bagaimanapun, bila kakak saya ini buat dan memberikan review yang roti ini sangat sedap...saya dah tak boleh bertahan lagi...dah la masa tu dia belum ada breadmaker...so, ini satu cabaran...BM saya pun dah lama menjalankan tugasnya...so, sahut kata hati untuk mencuba...dan hasilnya...memang tak tipu rupanya roti ini memang sangat sedapppp...di tambah dengan sos butterscotch nya yang lemak berkrim disukai ramai tu....hmmm...pendek kata tak menyesal cuba...sudahnya ramai kawan-kawan pulak yang suka dan menempah...jadi la bisnes sikit2...

Saya ambik resepi dari blog : http://izahdaut.blogspot.com/2014/04/roti-sarang-lebah-bee-hives-bun.html yang diambil dari Lydia honey...saya copy paste resepi kat sini...


DOH
2 cawan tepung gandum * (saya guna high protein flour)
1/2 sudu teh dry yeast
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt
¼ cawan minyak sun flower *(saya guna minyak jagung)
1/2 cawan air suam

*kekacang untuk hiasan...saya guna kuaci dan biji labu biasanya...

Saya guna breadmaker, so masukkan semua bahan di atas dan biarkan si BM buat kerja dia.

Setelah siap diuli, bentukkan bulat2...resepi ini agak lembik, jadi tak akan jadi bentuk bulat yang cantik sangat. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Untuk sos butterscotch ni, saya lupa mana saya ambik resepinya...saya mohon sangat2 empunya resepi ni halalkan resepi ni yer....


SOS BUTTERSCOTCH

80g butter
150g gula perang (saya hanya letak 120g sahaja)
160g whipping cream
30g corn syrup
1 tsp vanilla
1/4 tsp garam

Campurkan semua bahan dan masak di atas api perlahan sehingga likat.

Setelah roti siap dibakar, curahkan sos di atas roti tersebut dan nikmatilah tanpa rasa bersalah.


*gambar tak berapa cantik sebab guna handphone cap ayam...

Sunday, 30 March 2014

Bun Kentang

Assalamualaikum...

Salam pagi Isnin...lama tidak berjumpa...sibuk atau menyibukkan diri...tak tahulah..banyak sangat perkara yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang..walaupun mungkin sesuatu itu tidak berkaitan secara langsung, namun ia adalah sesuatu untuk difikirkan...sekurang-kurangnya untuk mengambil pengajaran atau iktibar atas apa yang berlaku.

Tragedi MH370 begitu terkesan di hati saya. Walaupun saya tidak mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang turut sama berada di dalam penerbangan itu, namun saya merasakan ia begitu dekat dihati. Segala macam perasaan bercampur baur dengan tragedi ini. Hari ini sudah masuk hari yang ke24 namun masih tiada sebarang bukti untuk ditunjukkan kepada dunia khususnya ahli keluarga semua yang berada di dalam pesawat malang itu. 


Apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Semoga kita semua mengambil pengajaran atas apa yang berlaku ini.

Saya di sini bukan untuk mengulas kejadian MH370 kerana saya bukan pakarnya. Hari ini saya nak berkongsi bun kentang yang saya buat pada penghujung minggu yang lalu...minggu sebelumnya saya berpergian..jadi, bila saya ada peluang untuk duduk di rumah, saya sangat rindukan "dapur" saya...bila saya tengok kawan saya buat bun ni sebelum tu, hati tertarik dengan kegebuannya..lalu terasa sangat ingin mencuba...resepi yang dikongsikan adalah dari blog yang sangat meriah dengan roti dan bun..siapa lagi kalau bukan Ros Jintan Manis..saya selalu merujuk blog ini jika saya ingin membuat roti...

Hasilnya sangat best...rotinya lembut dan gebu...

Saya makan berketul-ketul...dan bagi sedikit pada kawan...nak resepinya? Jom saya share dari blog tersebut jer lah yer..malas nak menaip semula..http://jintanmanis.com/roti/350-bunkentang..boleh la ambik resepi kat situ yer...percayalah hasilnya membuatkan anda ingin membuatnya sekali lagi dan lagi dan lagi..



Besttt!!!!!

Wednesday, 18 December 2013

Roti paun ke roti paung???

Assalamualaikum,

Roti paun ke roti paung sebenarnya? Saya tak berapa pasti..sebab roti ni saya rasa terkenal di negeri Terengganu...so, mungkin orang Terengganu yang menambahkan "g" menjadikannya roti paung. Apa nama sekalipun tak kisahlah yer...asalkan roti ni sedap...hehe..

Resepi ni saya ambil hasil dari selongkaran saya di blog ini. Ini adalah salah satu blog favorite saya...dah banyak jugak resepi dari blog ini yang saya cuba..dan hasilnya tidak mengecewakan.



Saya share resepi kat sini untuk rujukan saya pada masa-masa akan datang dan jika ada kawan-kawan nak cuba yer....saya malas nak taip semula.

Rujukan: Dari dapur Madiha

BAHAN2NYA: 
  • 500gm tepung high protien/tepung gandum - saya guna tepung high protein
  • 50gm susu tepung - 
  • 100gm mentega
  • 250ml air
  • 11gm yis
  • 100gm gula halus - nk manis sikit boleh lebihkan gula
  • sedikit pewarna kuning = larutkan bersama yis+air



CARA2NYA:(Saya guna breadmaker - so, campurkan semua, tekan start)
1.     Satukan semua bahan dan uli
2.     Biar adunan naik skali ganda
3.     bulat2 kan doh kecik2
4.     letak dalam loyang yang dioles sedikit mentega.
5.     biar doh kembang sedikit n bakar dlm oven suhu 160" selama 15-20minit

6.     dah masak keluarkan dari oven n griskn dengan mentega kat atas roti...




Percayalah bahawa roti ini sangat lembut dan gebu...tak rugi mencubanya kawan - kawan.Sekian dan selamat mencuba.

Home made pizza

Assalamualaikum wbt....

Bertemu lagi di alam maya...lama saya menyepi...dihambat kesibukan yang tak tahu apa kesudahan..maaf, jika ada pengunjung yang datang menjenguk...mungkin jugak dek kemalasan...apapun, insha Allah akan saya cuba untuk meriahkan kembali dapur saya ini untuk berkongsi apa yang saya suka buat...hehe...

Semalam saya bercuti..mengambil cuti untuk menghabiskan cuti tanpa rekod yang tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Seharian di rumah, terasa macam perlu berbuat sesuatu. Hati dah lama mengimpikan nak buat pizza...walaupun ini bukanlah kali pertama membuatnya tapi keterujaannya adalah mungkin disebabkan saya baru mendapat breadmaker idaman saya...hehe..terima kasih kepada sahabat yang merealisasikan impian saya ini.


Jom saya kongsi resepi pizza yang saya buat semalam. Resepi ini saya ambil daripada buku resepi yang disertakan bersama - sama dengan breadmaker yang saya beli. Hasilnya, saya suka dengan tekstur rotinya itu. Sedappp...lepas ini saya rasa saya akan kekalkan resepi ini.

Bahan-bahan untuk roti pizza:

450g tepung (saya guna tepung gandum jer semalam sebab kehabisan high protein)
250ml air
1 tbsp minyak zaitun
1 1/2 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp yis

Oleh kerana menggunakan breadmaker, semua adunan ini dicampurkan dan seterusnya breadmaker tersebut telah menjalankan tugasnya dengan baik...hehe...




Untuk toppingnya, saya hanya gunakan bahan yang saya ada dirumah sahaja.

Daging kisar
Sosej
Sos spageti
Mozarella cheese...

Selamat mencuba kawan-kawan...yang kat rumah saya ni..dah habis dah..dah masak panas-panas, saya bawa ke rumah jiran...licin...

Friday, 13 April 2012

BUN KACANG MERAH..


Assalamualaikum,

Dah lama jugak tak buat roti..dulu selalu..tiba-tiba hari tu tengah berbengkel (di tempat yang jauh dalam ladang kelapa sawit..AKEPT), hati meronta-ronta nak buat roti....balik jer, terus saya campakkan tepung dan bahan-bahan yang sepatutnya ke dalam breadmaker (yang saya pinjam dari jiran sejak dua bulan yang lepas)...dia kata jangan pulangkan dulu..biar duduk kat rumah saya..(korang ada tak jiran yang baik macam jiran saya ni?)..kekeke...


Resepi ni saya ambil hasil dari jalan - jalan cari pasal  makan saya di dapur Jintan Manis..dia pakar dalam membuat doh tapi saya  letak inti kacang marah  merah...camana rupa saya bentukkan jadi macam tu, saya dah ingat - ingat lupa sebenarnya (masukkan inti dalam doh, leperkan dan hiris dengan pisau,gulung..bukan susahpun puan-puan) ..sebab dah lama sangat dah dulu saya pernah masuk kelas buat roti ni dengan si Cynthia (tokey besar Yummie Bakery yang saya rasa kerjanya sekarang hanyalah kirawang saja sebab sentiasa ramai manusia kat kedai dia)..tak terkecuali makcik yang duk membebel ni lah..dalam seminggu berkali-kali menyinggah kat kedai dia... best kan nampak inti kacang melimpah ruah tu..letak la seberapa banyak yang korang suka..


*untuk makluman, yis yang digunakan untuk buat roti ni pun, hasil ehsan jiran saya jugak...hehe..jangan cakap kat orang yer..korang jer tahu....shhhhhh....

Sunday, 5 February 2012

BUN MANIS BUTTERSCOTCH @ VANILLA

Episod ke2 kebosanan saya dalam siri cuti yang bersambung-sambung ini...saya tak tahu nak buat apa..terasa nak meroti..lama tak buat roti..so, saya mulakan siri jelajah ke dapur2 masakan di alam maya ini..saya tahu pakar dalam doh adalah ros di jintanmanis.com...saya dah cuba beberapa resepi dia, alhamdulillah hasilnya tak pernah mengecewakan...macam2 resepi roti ada di dapur Ros, tapi saya pilih yang senang, yang bahan2nya semua dah ada di rumah ni...dan ini resepi yang saya cuba hari ni...jom layan...





Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (saya guna shortening + butter sebab shortening kehabisan)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softener @ bread improver (saya guna bread softener)
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnya dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya. 
Selamat meroti dan mencuba.



Sunday, 18 December 2011

GARLIC BREAD...

Selamat berhujung minggu...walaupun dah di penghujung Ahad..esok Isnin...huhuhu...hari yang tak syok..hehe..tak baik macam tu kan? Sepatutnya berkobar2 semangat untuk bekerja setelah recharge power dua  hari di hujung minggu ni...

Hari ni dari pagi dapur saya tak berasap pun...hasrat nak menguli tepung untuk membuat garlic bread ni sebenarnya dari semalam..tapi terbantut dek ketiadaan daun ketumbar...so, dah hampir maghrib tadi meredah ke pasaraya semata - mata nak carik daun ketumbar..alhamdulillah jumpa...terus berkobar2 nak menguli roti..hehe

Sebenarnya dah lama saya mencari resepi untuk garlic bread ni..nak selongkar satu persatu dapur2 di alam maya ni, tak berkesempatan...apabila Kak Ita persembahkan garlic rollnya, saya bersorak keriangan..saya tahu saya mesti cuba..apatah lagi Kak Ita cakap memang sedap, jadi saya memang percayalah kepada mahaguru kesayangan ramai ni...


Kak Ita, saya minta izin share resepi Kak Ita tu kat sini pulak yer...

3 cawan tepung gandum ~ saya guna tepung roti (high protein flour)
1 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 sudu teh bread softener (saya tambah)
2-3 sudu besar olive oil ~ (saya ikut Kak Ita letak 2 sudu)


Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu garlic spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki garlic spread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

*Memang sedap dan lembut garlic bread ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Saya tak buat macam Kak Ita buat bentuk roll, just letak dalam tray dan saya potong nipis setelah masak...memang marvellous....


RESEPI GARLIC SPREAD

50 gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam 
sedikit lada hitam kisar (saya tak letak sebab saya dah masukkan dalam mushroom soup)
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.