Wednesday 18 December 2013

Home made pizza

Assalamualaikum wbt....

Bertemu lagi di alam maya...lama saya menyepi...dihambat kesibukan yang tak tahu apa kesudahan..maaf, jika ada pengunjung yang datang menjenguk...mungkin jugak dek kemalasan...apapun, insha Allah akan saya cuba untuk meriahkan kembali dapur saya ini untuk berkongsi apa yang saya suka buat...hehe...

Semalam saya bercuti..mengambil cuti untuk menghabiskan cuti tanpa rekod yang tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Seharian di rumah, terasa macam perlu berbuat sesuatu. Hati dah lama mengimpikan nak buat pizza...walaupun ini bukanlah kali pertama membuatnya tapi keterujaannya adalah mungkin disebabkan saya baru mendapat breadmaker idaman saya...hehe..terima kasih kepada sahabat yang merealisasikan impian saya ini.


Jom saya kongsi resepi pizza yang saya buat semalam. Resepi ini saya ambil daripada buku resepi yang disertakan bersama - sama dengan breadmaker yang saya beli. Hasilnya, saya suka dengan tekstur rotinya itu. Sedappp...lepas ini saya rasa saya akan kekalkan resepi ini.

Bahan-bahan untuk roti pizza:

450g tepung (saya guna tepung gandum jer semalam sebab kehabisan high protein)
250ml air
1 tbsp minyak zaitun
1 1/2 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp yis

Oleh kerana menggunakan breadmaker, semua adunan ini dicampurkan dan seterusnya breadmaker tersebut telah menjalankan tugasnya dengan baik...hehe...




Untuk toppingnya, saya hanya gunakan bahan yang saya ada dirumah sahaja.

Daging kisar
Sosej
Sos spageti
Mozarella cheese...

Selamat mencuba kawan-kawan...yang kat rumah saya ni..dah habis dah..dah masak panas-panas, saya bawa ke rumah jiran...licin...

No comments:

Post a Comment