Sunday 27 November 2011

PAU GORENG....

Assalamualaikum. Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di mana jua...semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...kita umat Islam harus cemerlang...

Resepi yang saya nak kongsikan ni bukan berlaku pada hari Ma'al Hijrah yang mulia ini...kejadiannya adalah pada 21 November yang lalu...pada hari di mana perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang lalu di mana pasukan Harimau Muda kita telah berjaya menewaskan Garuda Indonesia. Walaupun penentuan kemenangan adalah melalui sepakan penalti, Harimau Muda telah membuktikan keupayaannya untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA...Tahniah untuk pasukan Harimau Muda...semoga lebih cemerlang di masa - masa yang akan datang...


Ok, stoplah bercerita pasal bola..jom kita cerita pasal resepi kuih yang saya nak sharekan kat sini...resepi ini simple jer...mungkin ramai yang dah ada resepi ni...kuih ni sebenarnya salah satu kuih kegemaran saya..selalu bila beli yang dijual, hati jadi geram sebab intinya yang seciput...rasa tak puas makan...so, bila saya nampak ada kawan saya buat kuih ni, saya dengan tanpa segan silu dan malu minta dengan dia...terima kasih untuk sahabat saya itu kerana sudi berkongsi resepi kuih ini dengan saya...thanks ya..izinkan saya kongsikan resepi ini dengan kawan2 yang lain yer...


BAHAN-BAHAN : 
250g (2 1/2 cawan ) tepung gandum 
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayur/marjerin
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam



Inti: Mengikut kesukaan masing-masing, saya menggunakan inti kacang merah.


Jika menggunakan breadmaker, campurkan kesemua bahan dan setkan "DOUGH". Setelah doh siap, bentukkan dan masukkan inti. Biarkan selama 30 hingga 45 minit sebelum digoreng.






Mmm...memang sangat puas makan boleh letakkan inti sebanyak mana yang kita suka...






Wednesday 2 November 2011

KEK PISANG

Kebelakangan ini semangat mem"baking" membuak2...mungkin setiap hari duk menatap entry blogger2 yang meruntun kalbu, merantai jiwa...kekadang dah setengah hari kat ofis, kepala dah mula berfikir apa yang hendak dimasukkan dalam oven selepas balik dari pejabat...hikhikhik walaupun sebenarnya tak der siapa nak makan kat rumah ni...huhuhu...walau bagaimanapun, saya tetap akan membikinnya..yang jadi mangsa adalah jiran2 dan kawan ofis laa...harap2 pujian yang diberikan adalah ikhlas bila mereka kata sedap...


Semalam saya teringin nak menggodek kek pisang...bila dibelek2 resepi ada beberapa resepi kek pisang dalam koleksi..saya tengok mana yang senang dan bahan2 yang dah ada kat rumah..bukan apa, malas nak menapak ke kedai bahan2 bakeri tu...dah la susah nak parking, kedainya pulak selalu sangat ramai orang..(ye lah..awak ingat awak sorang jer ke yang rajin buat kuih...hehe...


Bila dibelek2, saya berkenan dengan resepi yang ada di blog masam manis...saya rasa beliau adalah "the top blogger"... pada hari ini. Ramai betul yang menjadikan Azlita Aziz sebagai idola dalam dunia masakan pada hari ini (tak terkecuali saya)..terutamanya yang selalu menjenguk resepi di alam maya ini..so, saya mintak izin untuk share resepinya di sini yer...


BAHAN-BAHAN
2 biji pisang - dilenyek
140g butter
120g gula
*200g tepung gandum
*1tsp soda bikarbonat
*1tsp baking powder
2 biji telur
2 tbsp fresh cream
1 tbsp jus lemon (saya guna sedikit sahaja lemon paste sebab tiada jus lemon)
Sedikit esen vanilla


*diayak bersama


CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Asingkan putih telur dengan kuning telur.
3. Pukul putih telur hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi.
4. Masukkan tepung (yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) ke dalam adunan.
5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanilla ke dalam adunan.
6. Campurkan jus lemon dan fresh cream, dan masukkan ke dalam adunan.
7. Akhir sekali, masukkan kuning telur. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada 160 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga kek benar2 masak...



Hasil kek yang saya dapat adalah seperti ini..tak der lah cantik jelita sangat rupa parasnya namun percayalah sangat lembut dan gebu...dan paling penting rasanya pun sedap...

Tuesday 1 November 2011

PUDING LEMAK MANIS....

Sebenarnya puding ni tak bernama....so, nama puding lemak manis tu saya letak sendiri..so, kalau ada sesiapa yang nak cuba, dan nak letak nama sendiri, saya tak kesah...saya namakan puding lemak manis sebab ianya dihidangkan bersama santan dan air gula melaka...kan lemak dan manis tu...hehehe...


Saya dapat resepi ni dari seorang kawan di ofis lama dulu...dan saya sukakannya...membuatnya teramat sangat senang dan cepat....sesuai untuk dihidangkan untuk minum petang...so, kalau ada sesiapa yang nak mencubanya...boleh la try...


RESEPI PUDING
1 peket agar - agar stripe
1400 ml air
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung


1. Masak agar - agar dengan air hingga mendidih dan agar2 larut sepenuhnya.
2. Masukkan sedikit susu cair ke dalam mangkuk bersama tepung jagung untuk melarutkan    tepung jagung.
3. Masukkan susu cair ke dalam agar2 yang dimasak tadi.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan bersama sedikit susu cair tadi.
5. Kacau hingga masak. Angkat dan masukkan dalam mana2 acuan yang disukai (dalam gambar ni, saya menggunakan acuan kuih puteri ayu).








SANTAN
1. Dimasak bersama 2 sudu besar tepung jagung (kuantiti santan mengikut kesukaan masing2). Campurkan sedikit garam dan kacau hingga masak.


AIR GULA MELAKA
Masak gula melaka bersama sedikit air. Kacau hingga gula larut sepenuhnya.



Setelah agar2 membeku, boleh lah dihidangkan bersama agar2....pasti sedappp....