Monday, 23 December 2013

Acara makan - makan: Mini reunion

Assalamualaikum...

Akhir Jun yang lepas, saya telah berkunjung ke bumi yang kaya dengan sejarah Turki atau dengan lebih khusus ke Istanbul...masya Allah...indah sungguh ciptaan Allahs swt...dan saya sangat rindu dengan bumi Al Fateh ini. Kunjungan saya ke sana adalah dengan mengikuti rombongan sahabat yang membawa sekumpulan pelajarnya ke sana. Kami dalam kumpulan 16 orang. Inshaa Allah jika ada masa dan kesempatan, saya akan kongsikan pengalaman yang sangat indah di sana. 

Sekembali dari Istanbul telah menginjak ke Ramadhan. Selepas Syawal, saya menjemput pelajar - pelajar ini ke teratak saya untuk mengeratkan silaturrahim. Sesungguhnya kenangan bersama di bumi bersejarah keagungan Uthmaniyyah itu mencatatkan memori yang sangat indah. Terima kasih kepada Mahiram dan Abeedah yang berkunjung ke rumah saya sehari lebih awal untuk menolong saya menyediakan juadah. 

Saya menyediakan juadah utama nasi dagang. Di samping itu, ada kek coklat, cheese cake dan cream puff. 


Walaupun hanya sebahagian yang dapat hadir, saya sangat gembira. Semoga ukhuwwah ini akan berpanjangan...

2 comments:

  1. wow, great, I was wondering how to cure acne naturally. and found your site by google, learned a lot, now i’m a bit clear. I’ve bookmark your site and also add rss. keep us updated. injected yarn

    ReplyDelete
  2. افضل شركة تنظيف فلل بالرياض
    شركة الصفرات معروفة بتميزها في خدمات التنظيف
    شركة الصفرات لتنظيف الفلل بالرياض

    ReplyDelete