Wednesday, 25 December 2013

TART NENAS

Assalamualaikum...

Salam 26hb Disember 2013. Semakin ke penghujungnya 2013 ini. Pasti pelbagai suka duka pahit manis yang kita tempuhi...semoga apa jua yang kita hadapi menjadikan pengalaman yang mematangkan diri. 

Hari ini saya nak share resepi tart nenas. Saya dah pernah share dulu tapi ini versi lain sikit. Mesti pelik kan bukan musim raya, nak kongsi resepi ni. Tapi sebab saya selalu buat...selalu ada permintaan.Sekarang ni tart ni dah melalui variasi. Dah macam-macam bentuk orang buat...setakat ni saya hanya cuba kepada bentuk bunga sahaja. 






Jom saya share resepi:
250g butter
2 tbsp castor sugar
1 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum
3 tbsp tepung jagung
Sedikit esen vanilla.

Campurkan kesemua bahan dan uli - sama ada dengan tangan ataupun menggunakan mixer. Terpulang sama ada nak buat bentuk gulung atau pun bentuk - bentuk lain yang disukai. Bakar dalam tempoh 15 hingga 20 minit. Siap...


Selamat mencuba....


1 comment: