Friday, 13 April 2012

SNOW PUDDING



Masuk dapur lagi..entah apa yang merasuk malam ni...bukan tak der kerja tapi dah lama tak update di sini..so, ini marathon punya hari ni...best tak nampak puding tu..mesti la best..dengan buah strawberi yang terbaik dari ladang...dah lama nak buat puding ni tapi malas nak gi cari buah strawberi..kebetulan ada pengantin nak gi honeymoon kat Cameron Highlands, so ambik kesempatan kirim strawberi ni..terima kasih Cik Am...sibuk-sibuk berbulan madu pun tak lupa belikan kita strawberi ni...dah la tolong beli, bagi free pulak tu..terima kasih sekali lagi...semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam mawaddah warahmah..penuh dengan limpahan kasih sayang dariNya dan berkekalan hingga hujung nyawa...


Resepi ni ambik dari dapur idolaku Azlita Aziz...macam biasa Kak Ita akan mempersembahkan resepi step by step..saya tak mampu nak buat macam Kak Ita..so, mana-mana yang nak tahu resepi dan cara membuatnya dengan begitu indah (yang Kak Ita punya la saya punya indah khabar dari rupa jer) boleh terus klik kat link kat atas yer...rasa puding ini sedap..ada masam, manis dan rasa coklat yang hebat..cubalah tuan puan sekalian yer...mesti tak menyesal...hehe


BUN KACANG MERAH..


Assalamualaikum,

Dah lama jugak tak buat roti..dulu selalu..tiba-tiba hari tu tengah berbengkel (di tempat yang jauh dalam ladang kelapa sawit..AKEPT), hati meronta-ronta nak buat roti....balik jer, terus saya campakkan tepung dan bahan-bahan yang sepatutnya ke dalam breadmaker (yang saya pinjam dari jiran sejak dua bulan yang lepas)...dia kata jangan pulangkan dulu..biar duduk kat rumah saya..(korang ada tak jiran yang baik macam jiran saya ni?)..kekeke...


Resepi ni saya ambil hasil dari jalan - jalan cari pasal  makan saya di dapur Jintan Manis..dia pakar dalam membuat doh tapi saya  letak inti kacang marah  merah...camana rupa saya bentukkan jadi macam tu, saya dah ingat - ingat lupa sebenarnya (masukkan inti dalam doh, leperkan dan hiris dengan pisau,gulung..bukan susahpun puan-puan) ..sebab dah lama sangat dah dulu saya pernah masuk kelas buat roti ni dengan si Cynthia (tokey besar Yummie Bakery yang saya rasa kerjanya sekarang hanyalah kirawang saja sebab sentiasa ramai manusia kat kedai dia)..tak terkecuali makcik yang duk membebel ni lah..dalam seminggu berkali-kali menyinggah kat kedai dia... best kan nampak inti kacang melimpah ruah tu..letak la seberapa banyak yang korang suka..


*untuk makluman, yis yang digunakan untuk buat roti ni pun, hasil ehsan jiran saya jugak...hehe..jangan cakap kat orang yer..korang jer tahu....shhhhhh....

APAM POLKA DOT...

Assalamualaikum,

Lama sungguh tidak berbicara di sini...rindunya hati tidak terkata tapi bukan bermakna saya tak masak tau..tiap2 hari saya masak..kalau tak caya, tanya jiran2 saya..sebab diorang mesti dapat bau yang harum dari rumah saya..dan saya pasti diorang tertanya2 mana la datang aroma yang semerbak hebat ini sebab tunggu2 tak sampai pun rumah mereka..kikiki...yang dapat langkau bukan main jauh..apo nak buat saya ni pemalu..takkan la tiba2 nak ketuk pintu rumah orang walaupun nak hantar kuih..kan nanti orang kata saya nak menjual kerepek pulak...hehehe..


Hari ni saya nak share satu resepi yang saya rasa dah lama menghiasi hidangan jamuan di mana-mana...kalau ada birthday party ke, kenduri apa ajer...comel jer kuih ni atas meja dihidangkan atas meja untuk tetamu...so, walaupun dah ketinggalan keretapi, saya try buat pada hari cuti pertabalan hari tu (sebab  saya stress sebenarnya walaupun di hari cuti)..so, saya mesti buat sesuatu untuk membuang stress saya...so, inilah hasilnya...best jugak kan...


Resepi ini saya ambil di sini..walau pun kat situ kata resepi rahsia, so bila dah share kat sini x jadi rahsialah lagi yer...so, saya pun x berapa rajin nak menaip malam ni, sapa2 yang berkenan dengan apam polka dot ni, boleh la terus ambik kat sana yer...kat sini jamu mata dengan apam yang telah saya hasilkan jer lah yer...selamat menjamu mata...


Wednesday, 22 February 2012

CHEESE CAKE WITH COCKTAIL..

Assalamualaikum...

Permintaan dari sahabat yang seorang ini amat sukar untuk saya tolak, walaupun diri berada dalam keadaan yang sangat tidak bersedia. Tapi memandangkan kebaikan beliau, saya buatkan kek ini. Ini juga adalah salah satu kek yang saya buat untuk jiran saya sempena majlis makan - makan atas kenaikan pangkatnya itu. Setinggi - tinggi TAHNIAH untuk beliau. 


Lama dah sangat saya tak buat kek ini. Sumbernya saya dah lupa dari mana tapi saya rasa kawan saya yang ini umimans.blogspot.com. Sebab di awal2 pembabitan saya dalam arena baking membaking ni, tak banyak rujukan yang ada. Hanya ada beberapa kawan inilah yang saya berkongsi minat dan resepi. So, Kak Lani, jika betullah sumber ini adalah dari Kak Lani, minta izin untuk sharekan di sini yer...jika bukan dia, saya minta tuan asal resepi ini halalkan kepada saya..hehe...

Bahan - bahan:

Bahan A

250g cream cheese
1/4 buku butter
6 biji kuning telur
60g tepung jagung
1/2 fresh cream
1 tsp esen limau (jika suka)

Bahan B:
125g gula castor
6 biji putih telur.

Cara membuatnya:
1. Pukul Bahan B hingga betul2 kembang (soft peak).
2. Dalam bekas yang berasingan, pukul cream cheese dan butter. Setelah sebati, masukkan kuning telur. Pukul lagi hingga sekata dan masukkan tepung jagung dan seterusnya fresh cream bersama esen limau.
3. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar secara steam bath.


Bahan untuk topping:
1 tin buah-buahan cocktail
10g instant jelly
250g air
50g gula

Masak air dan gula hingga mendidih. Kemudian masukkan instant jelly. Kacau hingga larut sepenuhnya.

Lilitkan kek dengan ring plastik. Susunkan buah-buahan cocktail atas kek dan curahkan instant jelly dengan cepat kerana ia akan cepat membeku. Setelah jelly keras, boleh ditanggalkan ring...nyum nyum...


*sebenarnya resepi asal kek ni tak der topping ni, saya tambah sendiri

Friday, 17 February 2012

CARROT WALNUT CAKE

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semga semuanya berada di dalam keadaan sejahtera dan dapat menjalankan tanggungjawab masing - masing dengan penuh keceriaan. Hujung minggu datang lagi...pastinya masing - masing teruja nak memasak makanan kesukaan keluarga masing - masing. Yang dah berbaris dalam waiting list untuk dipersembahkan kepada insan - insan tercinta...

Hari ini saya nak share kan satu resepi carrot cake. Ini adalah resepi yang telah saya gunakan sekian lama untuk buat kek lobak merah ni. Saya dah cuba beberapa resepi lain tapi saya ni susah nak bertukar selera. Tetap setia pada yang satu ini...kesimpulannya saya memang seorang yang setia pada yang satu...huhuhu...
Sebelum saya membebel dengan lebih panjang lebar lagi, jom saya sharekan resepinya kat sini




Bahan A
280g red rose @ superfine  flour (saya guna red rose flour)
½ tea spoon baking powder
½ tea spoon soda bicarbonate
¼ tea spoon cinnamon powder (jika tak suka rasa kulit kayu manis, boleh diabaikan bahan ini)

Bahan B
400g carrot – disagat dan diperah buang airnya
80g chopped walnut (roasted)

Bahan C
5 biji telur
300g gula castor
¾ teaspoon garam
250g corn oil

CARA - CARA MEMBUATNYA
Pukul bahan C (telur dan gula ) dengan high speed selama 4 minit. Masukkan garam dengan speed 2.Kemudian, masukkan minyak jagung dengan speed 1.Pukul hingga sebati. Setelah sebati masukkan Bahan A. Pukul dengan perlahan. Setelah sebati, matikan mixer. Masukkan Bahan B. Dan kacau secara kaup balik sehingga sekata.

Bakar pada suhu 180c selama  45 hingga 50 minit.





BAHAN UNTUK TOPPING
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
Sedikit lemon paste (jika suka)

Beat all together dan sapukan atas kek. Boleh juga dihias dengan hiasan kesukaan masing - masing. Saya hanya letakkan croquant. Percayalah ia sangat sedappp...



Sunday, 5 February 2012

BUN MANIS BUTTERSCOTCH @ VANILLA

Episod ke2 kebosanan saya dalam siri cuti yang bersambung-sambung ini...saya tak tahu nak buat apa..terasa nak meroti..lama tak buat roti..so, saya mulakan siri jelajah ke dapur2 masakan di alam maya ini..saya tahu pakar dalam doh adalah ros di jintanmanis.com...saya dah cuba beberapa resepi dia, alhamdulillah hasilnya tak pernah mengecewakan...macam2 resepi roti ada di dapur Ros, tapi saya pilih yang senang, yang bahan2nya semua dah ada di rumah ni...dan ini resepi yang saya cuba hari ni...jom layan...





Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin (saya guna shortening + butter sebab shortening kehabisan)
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softener @ bread improver (saya guna bread softener)
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)

* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnya dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya. 
Selamat meroti dan mencuba.



Saturday, 4 February 2012

DONUT

Sebenarnya kelmarin saya dah buat donut tapi menggunakan resepi lain..kerana tak puas hati, saya nak buat lagi hari ni...memandangkan cuti hujung minggu ni panjang yang bersambung - sambung, saya dah hampir kebosanan, ini baru Sabtu..cuti sampai Selasa..aduhai...mahu kembang saya duk rumah ni...makan, tido, bangun, makan lagi, tido lagi...hehehe...Kerana tak puas hati dengan donut yang saya buat kelmarin tu, saya merujuk kepada sifu, beliau cadangkan resepi ni...aduh memang sedappp....gebusss dan mantap..betul la kalau lepas ni saya tak akan beli lagi donut kat Big Apple atau JCo sebab saya dah mampu buat setanding mereka...hehehe...perasan yang teramat sangat...tapi percayalah ia sangat sedapp...


Biasanya saya buat doh menggunakan mixer jer sebab saya tak ada breadmaker..kali ni saya ambik BM jiran saya yang sangat baik hati..dia ni bukan setakat jiran lagi dah..kami dah macam adik beradik..
Jom saya share resepi yang saya ambil dari blog Kak Ita dan sumber Kak Ita pula adalah dari blog Rima..terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi resepi dan saya nak share kan resepi ni di sini yer...


500g tepung roti
100g gula
11g yis
4 biji kuning telur
200ml air
100g marjerin @ butter (saya guna butter)
1 sudu kecil garam



Saya guna BM, so, saya masukkan semua dalam BM tu dan setkan doh...lepas dah habis uli, keluarkan dan tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki dan biarkan dulu hingga naik..bentukkan donut dan boleh lah digoreng dan hias mengikut citarasa dan kreativiti masing - masing....