Tuesday, 10 January 2012

KEK COKLAT


Rasanya ramai yang gemarkan kek coklat..dan ada pelbagai resepi kek coklat..hari ni saya nak sharekan salah satunya..resepi ni memang menjadi rujukan utama saya bila nak buat kek coklat.Membuatnya tak susah, cuma ada satu part yang agak "mencabar" sikit...tepungnya perlu diayak sehingga 4 kali..huh...naik kebas tangan..hehe...

Resepi ni saya dapat dari kawan saya, dia dapat dari kawan dia jugak..hehe..saya mintak izin untuk sharekan resepinya di sini..

Bahan A:
250g butter
2 cawan gula perang
1/2 teaspoon ovelette

Bahan B:
3 biji telur (dipukul berasingan)
Sedikit esen vanilla

Bahan C:
1/2 tin susu cair

Bahan D:
2 cawan tepung kek
1/2 cawan serbuk koko
1/2 baking powder
1 teaspoon soda bicarbonate

Bahan E:
1/2 cawan air suam

1. Ayak Bahan D sebanyak 4 kali.
2. Pukul butter dengan gula perang hingga gebu. Masukkan ovelette.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan susu cair dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan Bahan D sedikit demi sedikit dan pukul perlahan hingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan air suam dan pukul perlahan hingga sebati.
7. Bakar adunan di dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 45 minit atau sehingga kek benar2 masak.


Bahan untuk topping;
200g compound dark chocolate - dipotong kecil
200g compound milk chocolate - dipotong kecil
75g unsalted butter
250g whipping cream.

1. Panaskan whipping cream.
2. Masukkan butter hingga mencair sepenuhnya.
3. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat larut sepenuhnya.

Setelah kek sejuk, bolehlah di topping dan dihias mengikut kreativiti masing-masing.


*saya tak boleh nak potong kek ini sebab ini dibuat untuk tempahan orang. Insya Allah next time kalau saya buat untuk santapan sendiri, saya akan potong untuk tunjukkan bahagian dalamnya yer...

KEK CHIFFON OREN

Assalamualaikum wbt...

Lama tak menjenguk ke dapur sendiri ni...asyik menjelajah ke dapur orang jer...susah jugak nak mencuri masa nak menulis di ruangan cyber ini yer...ataupun memang saya yang tak pandai nak manage masa sendiri..padahal semua orang pun ada 24 jam sehari kan..alasan saya la tu...hehehe.. 

Hari ni saya tak ke ofis...kurang sihat..so, melepak jer lah kat rumah..dah lama rehat dan menjelang petang, badan dah rasa sihat, mulalah terasa bosan...saya pun mulalah menjenguk ke dapur - dapur orang..hehe..macam2 ada resepi yang ditayangkan...kalau ikutkan hati semua nak buat..tiba2 rasa macam lama tak membaking...so,rasa nak buat keklah..tapi nak buat kek yang bahan-bahannya dah available kat rumah jer..malas nak keluar..dan tiba2 teringat kek chiffon oren..macam sedap jer...carik2 resepi rasanya semua bahan ada kat rumah...sumber resepi yang saya ambil ni adalah dari dapur www.hanamemories.blogspot.com..jom saya kongsikan resepinya kat sini pulak..


KEK CHIFFON OREN
Sumber: Hanamemories

Bahan A
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/8 teaspoon garam
6 biji kuning telur (gred A)
1/2 cawan gula halus
1 biji oren diparut kulitnya (saya guna kulit oren yang dijual kat kedai bakery..huhu)
3/4 cawan jus oren (saya guna oren sunquick - so, guna 1/2 cawan sahaja)
1/4 cawan minyak jagung

Bahan B
6 biji putih telur (gred A)
3/4 cawan gula halus (saya cadangkan kurangkan jika gunakan oren sunquick - mungkin guna    
                               1/2 sahaja)
1 teaspoon cream of tartar

*rupa kek saya ni dah tak berapa nak cantik sebab saya tak sabar nak tunggu sejuk..hehe..

Cara-cara membuatnya;
1. Panaskan oven pada 175 darjah celcius.
2. Pukul kuning telur dengan gula sampai larut. Masukkan minyak jagung dan jus oren. Masukkan semua bahan A yang lain dan pukul perlahan hingga sebati. Ketepikan.
3. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula dan cream of tartar.Pukul lagi hingga adunan menjadi kental dan kaku.
4. Ambil 1/2 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan A tadi. Kacau sebati secara kaup balik. Masukkan baki adunan putih telur tadi dan kacau semuanya hingga sebati. 
5.Tuangkan adunan ke dalam loyang kek chiffon dan bakar hingga kek masak.
6. Setelah kek masak, telangkupkan dan tunggu hingga kek benar2 sejuk. Setelah kek betul2 sejuk, sisipkan tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan kek dan bolehlah dihidangkan.




Saturday, 24 December 2011

MUSHROOM SOUP


"Mushroom soup" ini saya buat bersama - sama dengan garlic bread hari tu..rasanya sangat sedap hinggakan anak jiran cakap lebih sedap dari pizza hut punya...fullamak...terangkat rasanya dapat pujian sebegitu..kembang rasa hidung..hehe...saya ambik resepi ni daripada blog masam manis (macam biasa) resepi asal saya lupa daripada siapa...so, saya mohon daripada Kak Ita untuk salinkan resepinya kat sini yer....  


Bahan - bahan:
1 keping dada ayam 
1500 ml air 
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam 
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
secubit ajinomoto - saya tak letak 
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ dikisar 

Cara - cara membuatnya:
1. Potong ayam kecil2.
2. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
3. Rebus sehingga masak. 
4. Masukkan susu dan kiub ayam. 
5. Masak guna api yang perlahan. 
6. Masukkan mushroom. 
7. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
8. Tambah perisa, garam dan ajinomoto (jika suka - saya tak letak).
9. Sedia untuk di hidangkan bersama roti (paling sesuai dengan garlic bread)...memang pasangan serasi bersama...



Sunday, 18 December 2011

GARLIC BREAD...

Selamat berhujung minggu...walaupun dah di penghujung Ahad..esok Isnin...huhuhu...hari yang tak syok..hehe..tak baik macam tu kan? Sepatutnya berkobar2 semangat untuk bekerja setelah recharge power dua  hari di hujung minggu ni...

Hari ni dari pagi dapur saya tak berasap pun...hasrat nak menguli tepung untuk membuat garlic bread ni sebenarnya dari semalam..tapi terbantut dek ketiadaan daun ketumbar...so, dah hampir maghrib tadi meredah ke pasaraya semata - mata nak carik daun ketumbar..alhamdulillah jumpa...terus berkobar2 nak menguli roti..hehe

Sebenarnya dah lama saya mencari resepi untuk garlic bread ni..nak selongkar satu persatu dapur2 di alam maya ni, tak berkesempatan...apabila Kak Ita persembahkan garlic rollnya, saya bersorak keriangan..saya tahu saya mesti cuba..apatah lagi Kak Ita cakap memang sedap, jadi saya memang percayalah kepada mahaguru kesayangan ramai ni...


Kak Ita, saya minta izin share resepi Kak Ita tu kat sini pulak yer...

3 cawan tepung gandum ~ saya guna tepung roti (high protein flour)
1 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
1 sudu teh bread softener (saya tambah)
2-3 sudu besar olive oil ~ (saya ikut Kak Ita letak 2 sudu)


Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu garlic spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah disapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki garlic spread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

*Memang sedap dan lembut garlic bread ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi. Saya tak buat macam Kak Ita buat bentuk roll, just letak dalam tray dan saya potong nipis setelah masak...memang marvellous....


RESEPI GARLIC SPREAD

50 gm butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam 
sedikit lada hitam kisar (saya tak letak sebab saya dah masukkan dalam mushroom soup)
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.




Saturday, 17 December 2011

KERUTUK DAGING

Lauk ini saya hidangkan bersama nasi limau purut yang saya masak hari ini. Ini sebenarnya merupakan lauk kegemaran saya..kalau balik kampung pasti saya akan minta mak masakkan. Sebenarnya lauk ini boleh dihidangkan bersama dengan nasi minyak, nasi beriani...tapi kalau rasa tak ada kuasa nak masak nasi-nasi yang macam2 tu, makan jer lah dengan nasi putih...pun sodappp...


Lauk ini terkenal di negeri - negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan sebab untuk memasaknya memerlukan rempah yang khusus yang ada di jual di sana. Sebenarnya bukan hanya boleh daging boleh dimasak tetapi juga ayam. Dan seingat saya, masa saya kecik2 dulu, arwah nenek saya pernah buat kerutuk telur, pun sedappp jugak...hehe



Jom saya share resepi dan cara-cara memasak lauk favorite saya ni...


BAHAN-BAHAN


1/2 kilo daging
7 tangkai cili kering - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar rempah kerutuk daging
Santan
Rempah tumis 4 sekawan (adik saya panggil "fantastic four")
Asam keping (sekeping pun cukup)
Sedikit kerisik (anggaran dalam satu sudu kecil)
Sedikit garam
Sedikit gula (saya guna gula merah Kelantan (nisan))


CARA MEMBUATNYA


1. Tumiskan rempah tumis 4 sekawan. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga masak.
2. Masukkan daging dan asam keping. Biarkan daging sehingga empuk.
3. Masukkan santan dan biarkan daging masak bersama santan.
4. Masukkan garam, kerisik dan gula.
5. Masak sehingga daging betul-betul masak dan boleh dihidangkan bersama nasi kesukaan masing-masing. Lepas makan, sure tertidur kekenyangan...hehehe...

NASI LIMAU PURUT

Agak lama menyepi...busy sikit semenjak dua menjak ni...asal hujung minggu outstation..pegi Jumaat, Ahad baru balik..then Isnin sambung kerja..aduhai penatnya badan...so, minggu ni saya ada kesempatan untuk menghabiskan weekend di rumah..dah lama tak masak2 di hujung minggu...so, hari ni saya duk la kat dapur,konon nak masak..hehe...



Resepi nasi limau purut ni saya ambik dari dapur idola Kak Azlita Masam Manis...menarik sungguh nampak nasi yang dihidangkan...nampak cara penyediaannya pun tak der la susah sangat.So, Kak Ita, saya mintak izin untuk share resepi tu kat sini yer...

BAHAN - BAHAN

2 sudu besar marjerin
1.5cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
4 ulas bawang merah - dihiris
1 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
Garam
500ml air
125ml pati santan (saya ganti dengan susu cair)
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi - dicuci dan ditoskan
Sedikit pewarna hijau

1. Panaskan marjerin di dalam periuk
2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
3.Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4.Apabila sudah harum masukkan air, garam, santan (saya guna susu cair), stok ayam dan beras.
5.Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
6.Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
7.Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.

p/s: *Kak Ita mencadangkan dihidangkan bersama Ayam Sos Siam tapi saya derhaka sikit sebab saya hidangkan bersama kerutuk daging...ampun ya Kak Ita...


Sunday, 27 November 2011

PAU GORENG....

Assalamualaikum. Salam Ma'al Hijrah buat semua umat Islam di mana jua...semoga kedatangan Tahun Baru Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik...semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...kita umat Islam harus cemerlang...

Resepi yang saya nak kongsikan ni bukan berlaku pada hari Ma'al Hijrah yang mulia ini...kejadiannya adalah pada 21 November yang lalu...pada hari di mana perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA yang lalu di mana pasukan Harimau Muda kita telah berjaya menewaskan Garuda Indonesia. Walaupun penentuan kemenangan adalah melalui sepakan penalti, Harimau Muda telah membuktikan keupayaannya untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA...Tahniah untuk pasukan Harimau Muda...semoga lebih cemerlang di masa - masa yang akan datang...


Ok, stoplah bercerita pasal bola..jom kita cerita pasal resepi kuih yang saya nak sharekan kat sini...resepi ini simple jer...mungkin ramai yang dah ada resepi ni...kuih ni sebenarnya salah satu kuih kegemaran saya..selalu bila beli yang dijual, hati jadi geram sebab intinya yang seciput...rasa tak puas makan...so, bila saya nampak ada kawan saya buat kuih ni, saya dengan tanpa segan silu dan malu minta dengan dia...terima kasih untuk sahabat saya itu kerana sudi berkongsi resepi kuih ini dengan saya...thanks ya..izinkan saya kongsikan resepi ini dengan kawan2 yang lain yer...


BAHAN-BAHAN : 
250g (2 1/2 cawan ) tepung gandum 
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayur/marjerin
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam



Inti: Mengikut kesukaan masing-masing, saya menggunakan inti kacang merah.


Jika menggunakan breadmaker, campurkan kesemua bahan dan setkan "DOUGH". Setelah doh siap, bentukkan dan masukkan inti. Biarkan selama 30 hingga 45 minit sebelum digoreng.






Mmm...memang sangat puas makan boleh letakkan inti sebanyak mana yang kita suka...